Assalamualaikum.
Blog ni hampir berbunyi cengkerik.
(aku google image crickets keluar gambar cengkerik goreng! blergghhh)
Apa khabar iman dan amal kena paksa-rela kita kat sekolah dulu?
Bunyi cengkerik jugak ke?
-------
*krik krik krik*
Peace out homies!
Assalamualaikum and welcome, everyone! This is an official blog of 8th Generation of Bestarians.
Showing posts with label Thought to ponder. Show all posts

Saturday, 9 February 2013
Wednesday, 12 September 2012
._.v
*Tiup habuk*
Selamat kembali ke kampus kawan-kawan. Gua sorang je tengah mood ber-latihan industri, haha!
BTW, nak share some notes written by Sis Aneesah yang osem (kalau tak kenal, boleh cek laman ini) mana tau nanti ada yang ber-latihan industri jugak. Kena betul dengan apa yang ada dalam kepala gua sekarang ni, heheh. ;)
____________________

This was written as a "thank you speech" at the company where I did my practical training. They gave gifts to everybody during their iftar/dinner event and the cheeky bosses told me I had to prepare a speech. Well I did, but I did not end up reading the whole thing on stage. In fact, I only read the last bits where I mentioned each person's name and why I wanted to thank them. :) I have edited that part out from the text below, because I wanted to share the rest of the stuff that came out of my head. Moga bermanfaat, insyaAllah.
---
Sebenarnya, banyak juga yang saya belajar dalam masa 10 bulan bersama LA Architect, dari sudut teknikal, tetapi juga untuk pengalaman dan pembangunan peribadi. Pertama sekali, saya telah discover realiti kehidupan bekerja. Semasa mula-mula bekerja di sebuah company lain bulan Ogos tahun lepas, pada bulan puasa juga ketika itu – ya Allah, barulah saya faham bagaimana letihnya pulang ke rumah setelah bekerja seharian, walaupun hanya duduk depan komputer dalam pejabat berhawa-dingin, seperti Mama saya selalu mengeluh apabila sampai ke rumah. Kalau nak diikutkan, perbezaan hidup sebagai university student dengan pekerja sepenuh masa sangat berbeza. Nak dibandingkan dari segi disiplin dan penggunaan masa itu pun banyak dapat saya pelajari.
Saya sedar, bahawa dalam kehidupan ini, kita tidak dapat lari daripada bekerja keras dan berusaha bersungguh-sungguh. Kadang-kadang tu, sangat tak nak kerja lewat atau kerja weekend, tapi kena jugak buat kerana keperluan. Cuma pada saya, ada satu benda yang membezakan antara usaha yang betul-betul bernilai, dengan usaha dan kerja yang hanya mendatangkan penat lelah, iaitu niat. Jauh bezanya antara seorang yang hanya bekerja kerana terpaksa, atau kerana dibayar, dengan seseorang yang melihat apa yang dibuat itu sebagai karya, sebagai amanah (kerana setiap kita adalah khalifah), dan sebagai ibadah (kerana kita juga adalah hamba). Dan bezanya itu, mungkin juga hanya dapat dilihat di hujung waktu nanti, atau mungkin dapat dikesan dari segi keberkatan & perasaan dalam diri masing-masing.
Pada suatu masa dahulu, seorang pensyarah saya pernah bertanya kepada kami, kenapa kita perlu berbangga, take pride in the work we do, samada assignment atau apa-apa projek, walaupun hakikatnya kita dapat markah C. Kami semua tak dapat menjawab. Dia kata, sebab hasil kerja itu, daripada usaha kita sendiri. You worked on it, so you should be happy and proud of it no matter what. Dan jujur saya katakan, sepanjang saya belajar degree Part I dahulu, mungkin satu sahaja design project yang saya rasa berbangga dengan apa yang saya present. Itu pun, semasa first year awal-awal dulu. Malangnya projek-projek lain semua saya pandang dengan pandangan hampeh dan tidak puas hati. Tapi, dalam pengalaman bekerja pula, saya dapat rasakan perasaan bangga dan gembira itu. Walaupun kerja yang dibuat itu, sangatlah kecik dan hampir insignifikan dalam projek keseluruhannya. Contohnya, macam signage, floor tiles pattern, ataupun design corporate shirt LAA. Mungkin juga sebab semua yang dibuat itu, is the real thing, sesuatu yang akan dapat disentuh dan dipegang dan dilihat, tapi memang saya dapat rasakan kesungguhan yang berbeza dalam membuat kerja-kerja di sini, dengan kerja-kerja di universiti dulu.
Sepanjang setahun saya berada di Malaysia ini, saya juga belajar sesuatu tentang kebahagiaan, dan tentang kematangan, about growing up.
Masa kecik-kecik dulu, mesti semua suka sangat bila dapat tidur lambat, tidur beyond your bedtime, rasa cool dan best. Sekarang dah besar baru nak sedar yang tidur itu nikmat yang sangat berharga.
Masa kecik-kecik zaman sekolah dulu, mesti rasa macam bila dah ada lesen kereta, hidup akan berubah serta-merta. ‘Wah, seronoknya dapat pergi mana-mana pada bila-bila masa, nak pergi makan ke shopping ke.’ Tapi realitinya sangatlah bukan begitu. Satu hal, belum ada kereta sendiri, tapi lagi penting, segala aktiviti keluar sini sana sangat memakan duit. Dunia di luar itu tidaklah seseronok mana. Kadang-kadang duduk rumah lagi happy.
Begitu juga dengan pandangan zaman student dulu, imagine waktu ‘dah besar’, ‘dah grown-up’, dah dapat gaji sendiri, tak perlu mengharapkan elaun dari ibubapa kalau nak beli apa-apa. Tapi, haikikatnya; satu, kita akan terpaksa berjimat-cermat dalam apape pun keputusan, dan dua, duit itu tetap akan terlepas dari tangan kita seperti air mengalir. Saya sedar sekarang, yang benda-benda itu tidak akan pernah cukup. It’s never all that you imagine. Dan saya sedar, yang kebahagiaan yang berpanjangan, happiness, bukannya terletak di mana-mana harta material. Kebahagiaan yang sebenar, lahir dari kesyukuran. Oleh itu, kita tak patut asyik menunggu-nunggu atau bertangguh-tangguh dalam melakukan kebaikan. Kadang-kadang manusia ini, termasuk saya, terlalu kaya dengan alasan.
Saya rasa, kerja dalam bidang apape pun, tapi terutamanya dalam bidang arkitek inilah, sangat melatih kesabaran. Saya ada baca quote dari seorang psychologist, katanya patience is not something you are born with – it is a trait that gets strengthened each time you practice it. Untuk makluman, saya masa dulu-dulu, bukan seperti saya sekarang. Dulu saya saaaangat suka komplen dan seorang yang agak pesimis. Untuk melatih kesabaran ni sebenarnya, memerlukan pengubahan cara berfikir juga. Saya sedar yang kita tak patut menyalahkan sesiapa pun atas situasi yang kita berada pada satu-satu masa. You are exactly where Allah willed you to be. Mungkin tidak mengikut rancangan kita, tetapi sentiasa mengikut perancangan Allah. In fact, kelancaran hidup itu tidak menjadi apa-apa ukuran pada pandangan Tuhan, tetapi tindakan dan reaksi dan nilaian kita terhadap setiap ujian dan nikmat itulah yang dinilai. Samada kita berani bertindak mengubah diri ke arah yang lebih baik ataupun sebaliknya.
Benarlah ayat 5 dan 6 surah al-Insyirah yang saya pasti kita selalu dengar, ertinya,‘ sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan ’. Bukannya selepas kesukaran datang kemudahan, tetapi disertai kemudahan. Semasa awal-awal bekerja dulu, saya sangat mudah stress. Sangat risau atas perkara yang kecil-kecil. Saya rasa ini mungkin sindrom biasa bagi perempuan terutamanya, dan yang kurang pengalaman seperti saya. Sampai suatu tahap, contohnya, pada waktu malam, stay untuk buat kerja ataupun print apa yang perlu print, pastu segala-galanya tak menjadi, printer ink dah habis, komputer lembab ... pada waktu itu saya tak faham langsung macamana akak-akak yang lain masih boleh bergelak ketawa di tengah-tengah keadaan yang sebegitu. Padahal, di waktu sebegitulah yang kita perlu take it easy and laugh it all out. Saya belajar untuk melihat benda-benda kecil, the small things, that actually matter.
Saya juga berusaha untuk mengurangkan perasaan takut untuk buat salah. Takut bertanya. Hakikatnya, banyak je kes yang saya sebenarnya perlu bertanya, kalau tak takkan dapat jawapannya. Tetapi juga hakikatnya, kadang-kadang kita perlu berpura-pura tahu, berpura-pura pandai buat, supaya kita akan buat benda itu. When you pretend to know what you’re doing, you realise that it’s not lack of skills or knowledge that is holding you back, but a lack of confidence and courage. Banyak kali jugak semasa saya diminta buat sesuatu kerja, terlintas di fikiran, ‘apa benda lah ni, macam tak reti je ’. Tapi sebenarnya bila dah buat-buat reti, kita memang akan reti dan boleh buat pun. Yang penting, rajin bertanya dan minta check dan abaikan perasaan takut yang ada.
Akhir sekali, saya sedar, bahawa masa yang kita ada pada hujung minggu (iaitu yang tidak bekerja lah), sangat berharga. Waktu bekerja ini, tiada cuti berbulan-bulan semasa zaman student. Tetapi tidak bermakna yang kita cuma menggunakan hujung minggu untuk lepak-lepak sahaja. Ada kata-kata hikmah yang saya cuba untuk berpegang: Ustaz Nouman Ali Khan kata, one wealth that Allah gave every human being, is time. Satu bentuk nikmat yang Allah beri kepada setiap manusia ialah masa. Dan siapalah kita untuk mendustakan nikmat Allah.
Betul, spending time dengan keluarga itu penting, menunaikan hak dan tanggungjawab masing-masing itu penting, tapi melalui satu inisiatif yang digerakkan oleh rakan-rakan saya sendiri, dipanggil Weekenders Club, saya sedar yang masa yang kita ada patut digunakan untuk meningkatkan diri serta menyumbang kepada masyarakat sekitar. Sejak awal tahun ini, saya telah berjaya mengisi hujung minggu saya dengan berbagai-bagai aktiviti yang lain dari apa yang dulu saya lakukan. Saya telah spend time untuk melihat ciptaan Allah, Arkitek yang Maha Kuasa, dengan menaiki Bukit Broga, dan mendaki Bukit Tabur, di Taman Melawati itu, sebanyak dua kali. Saya telah berprogram dengan anak-anak yatim di rumah bakti di Cheras dan di Melaka, serta di Raudhatus Sakinah, rumah perlindungan untuk wanita. Dan saya sebut benda-benda ini bukan untuk berbangga atau menarik sesiapa, tetapi untuk menyatakan bahawa, dengan segala sumbangan tenaga dan masa yang begini, manfaatnya datang semula kepada kita. Dan bukan maksud saya dengan pahala semata-mata, tetapi dengan perubahan yang berlaku dalam hati dan fikiran, dan keberkatan yang Allah datangkan apabila kita sendiri berusaha dengan tangan kita, walaupun kecil, untuk mengubah dunia ke arah yang lebih baik. Iman itu terdiri dari sepasang kembar, iaitu ilmu dan amal. Apabila kita beramal, kita take action, efek dia sangat berbeza dengan hanya sekadar mengambil tahu dan cuma pandai berkata-kata.
Untuk menutup ucapan saya pada malam ini, eloklah saya berterima kasih yang tak terhingga kepada anda semua kerana sudi menerima saya untuk bersama LA Architect selama sepuluh bulan. Ada hadis yang mengatakan, selagi kita tidak berterima kasih kepada manusia, kita tidak berterima kasih kepada Allah. Dan Allah jualah yang mampu membalas budi anda semua dengan kebaikan.
Saya masih seorang pelajar, dan sentiasa akan memegang peranan ‘student’ sepanjang hidup saya insyaAllah. Kerana ilmu itu seperti air, mengalir dari tempat tinggi ke rendah. Jadi saya ingin sentiasa menimba dan menakung ilmu. Saya mohon maaf kepada semua, jika ada kata-kata atau perbuatan saya yang tersilap. Semuanya dari kelemahan saya sendiri.
Semoga Allah memberkati segala usaha kita, dan meluruskan niat kita. Moga Allah ampuni kesilapan kita yang lalu, dan menjadikan setiap pengalaman hidup sebagai bekal untuk menuju ke arah yang lebih baik. Dan moga kita sentiasa cuba menghayati dan merasai keindahan takdir Allah, kerana Dia sebaik-baik Perancang. Juga moga kita mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.
Sekian, terima kasih, wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Labels:
Thought to ponder
Wednesday, 7 March 2012
doa untuk aku
Rehat. Teman-teman semuanya udah keluar makan. Aku sendiri. Aku masih duduk di meja kerja. Di atasnya ada limau-limau mandarin yang berselerak. Ya, esok CNY. Perlu ada suasana CNY.
Aku bersandar ke kerusi dan menutup mata. Waktu ini aku membayangkan ada tangan kasar yang lembut memegang pundak sebelah kiriku. Lalu aku berpaling kebelakang. Seorang tua yang yang berjanggut putih tersenyum nipis. Pasti dahi aku berkerut. Perlahan-lahan tangan kanan lelaki tua itu lucut dari pundakku.
“Arahkan saya berdoa,” kata lelaki tua itu.
Aku diam.
“Saya bisa memberikan kamu doa,” kata lelaki tua itu lagi.
Aku masih diam. Lelaki tua itu mengjungkitkan kening. Hanya sekali. Aku menggaru kepala yang tidak gatal.
“Doa yang bagaimana?” tanyaku pula.
Lelaki tua itu tersenyum lalu berkata, “Doa berkenaan kebaikan dan kesejahteraan kamu.”
“Mengapa perlu kamu berdoa untuk saya?”
“Kerna doa kamu kosong.”
Aku lalu mengerut dahi. Meneliti lelaki tua di hadapan aku, dari kaki hingga ke rambut. Dia siapa? Mengapa lelaki tua ini menuduh doa aku kosong?
“Kamu ini siapa?” tanyaku lanjut.
“Kamu tidak kenal saya? Saya adalah jiwa kamu. Saya sudah jadi tua kerna tidak lagi diberi makan dengan doa-doa kamu yang ikhlas. Lalu kulit saya yang tegang jadi kecut, rambut yang hitam jadi putih. Tubuh yang lincah kini jadi perlahan. Saya yang sihat kini sudah sakit.” Orang tua itu berkata sambil mengangguk-anggukan kepala.
“Tetapi saya tidak berjanggut,” kataku sambil mengusap dagu. Ya. Memang tidak berjanggut.
“Eh, maaf. Saya terlebih-lebih. Memang kamu tidak berjanggut,” kata lelaki tua itu. Lalu janggut putihnya hilang, serta-merta. Aku diam. Kerut di dahi sudah basah. Ada peluh.
“Tolong, arahkan saya berdoa untuk diri kamu,” rayu lelaki tua itu.
Aku diam. Dahi cuba aku tegangkan kembali. Sedetik kemudian aku berkata, “Sekiranya kamu jiwa saya, mengapa kamu tidak berdoa sahaja. Mengapa perlu saya yang mengarahkan kamu berdoa?”
“Seperti yang saya beritahu, saya adalah jiwa kamu yang lelah. Lapar dan udah menjadi tua. Kamu memang ada berdoa. Namun kamu berdoa tidak melalui saya. Hanya pada lidah. Kamu hanya mengarahkan lidah kamu yang berdoa. Tidak mengarahkan saya. Tidak berdoa menerusi jiwa. Doa kamu sombong dan kosong. Tidak ada rintihan. Tidak juga bersungguh. Tidak ikhlas. Saya pohon kamu berdoa melalui saya. Memohon saya yang berdoa kepada Tuhan. Jadi, tolong arahkan saya, jiwa kamu ini berdoa sesuatu berkenaan diri kamu. Jika tidak, pasti saya akan mati. Jangan hanya melalui lidah. Saya sudah tidak mampu lagi bertahan,” terang lelaki tua itu. Kedua-dua belah tangannya memegang pundak kanan dan kiri aku. Aku diam.
Aku membuka mata, lalu berpaling ke belakang. Nyata lelaki tua itu tiada. Dan sekarang masih waktu rehat. Masuk waktu solat Zohor (bagi kawasan Kuala Lumpur dan sekitarnya). Pasti lelaki tua itu berharap aku mengarahkannya berdoa.
______________________________
Cerpen oleh Bahruddin Bekri.Klik sini.
Labels:
Thought to ponder
Thursday, 20 October 2011
Saya mahu jadi kucing
Saya dengki sama kucing.
Tadi masa saya menjejakkan kaki ke dalam masjid ini untuk online,
bukan iktikaf, (sengaja malukan diri sendiri)
Ada seekor kucing datang dekat.
Mula-mula saya rasa macam geli dengan kucing itu.
Sebab bulunya tak cantik.
Jadi saya mengalihkan punggung sedikit supaya tidak tersentuh dengan kucing itu.
Selepas itu,
kucing itu mendekatkan dirinya kepada saya.
Terasa kehangatan badan kucing itu pada sisi peha saya.
Lantai masjid ini dingin.
Kemudian, saya kata pada kucing,
"maaflah, tiada makanan untuk kamu, yang ada cuma roti."
Kucing itu cuma diam, tidak memberi sebarang respons pada kata-kata saya.
Seketika kemudian kucing itu berlalu pergi.
Saya kesal kerana tak sempat nak belai bulunya.
Saya kesal kerana tak cari kesempatan mencari makanan untuknya.
Tentunya sebagai seekor kucing, dia tak punya akal,
tapi saya tak pasti sama ada dia tahu akan gundah hati saya ketika memandangnya.
Kucing juga tak punya akal, tak diberi banyak pilihan dalam hidupnya
kecuali mengiau, mengawan, menjaga anak sama seperti kucing yang lain, makan, minum, tidur, mengendeng-ngendeng pada makhluk Tuhan yang bernama manusia,
Tambah lagi, saya dengki padanya sebab dia bukan bakal dihisab amalan oleh Tuhannya.
alololo tomei tucengggg
Labels:
Islamic thinking,
Thought to ponder
Tuesday, 6 September 2011
Hablumminannas wa Hablumminallah .
assalamualaikum .
Buat pertama kalinya jari jemari menaip di laman ini . sejujurnya , aku bukanlah orang yang layak untuk menaip disini . bukan info atau fakta yang ingin dikongsikan bersama . cuma luahan rasa yang datang dari hati dan otak serta akal mentafsirkan lantas jemari merealitikan . noktah .
berbalik pada tajuk .
tiba - tiba terfikir . tak tau kenapa dan mengapa . sebab dan punca . mungkin teringat ayah yang turut sama dalam perbualan kami yang membuatkan aku terfikir akan ayat ' Hablumminannas wa Hablumminallah ' . atau mungkin disebabkan aku yang sedang membaca buku agama untuk test akan datang . tak tau yang mana satu.
yang penting sedang membaca aku terfikir tentang menjaga hubungan antara manusia dan menjaga hubungan dengan Allah . walhal , tajuk dibaca perakaunan islam . jauh .
terfikir . tiba - tiba . kenapa orang lain yang kita dahulukan dalam menjaga hubungan antara manusia . contoh terhampir , kawan .bukan kawan tak penting . penting . tipu , kalau kata tidak . tapi kenapa bukan emak dan ayah yang didahulukan dalam isu ni ? . seterusnya , adik - beradik . yang ada talian darah . itu yang aku maksudkan dengan terhampir . mungkin kadang -kadang kita terlupa , teralpa dengan insan yang sentiasa dekat disisi . mungkin . barangkali .
baru tersedar yang hubungan kurang dijaga dengan baik . bukan ada masalah . tidak sama sekali . tapi mungkin sikap yang degil . mungkin ego . pelbagai kemungkinan .
sedang cuba dan terus mencuba walau kadang rebah jua untuk merperbaiki hubungan sesama manusia dan hubungan dengan Allah .
from a friend of mine : " kena ubah cara hidup sebelum mati "
tajuk yang skopnya luas tapi ini yang terlintas .
sekadar renungan .
maaf atas kekurangan .
- aku menulis apa adanya -

Monday, 8 August 2011
Sunday, 24 July 2011
Bahasa.
Salam buat satu alam,
"lady 1:eee, boleh pulak nak tanya tengah2 jalan, menyusahkan jer
lady 2:btol. annoying gilerr. -dengan muka yang sgt menyampah-
lady 1:ko nmpk x tudung dy pakai?kuno gilerr
lady 2:tgkla handbag dy, nmpk macam makcik lame2 dlu, ew"
conversation pertama yang ak dengar bila kluar drpd train, entah kenapa, kali nih, bila naik train terasa semangat patriotisma dalam diri nih, mungkin sbb decoration dekat station2 nih,da berubah untuk menyambut bulan merdeka,
bila on the way pergi another train, nmpk pulak another bunch of kids, teens.. yang bercakap menggunakan bahasa kesat antara satu sama lain,
aku terdetik,
memang fenomena alam mungkin,
manusia berbahasa menggunakan bahasa kesat,kotor dan menjatuhkan orang lain, tanpa adab sopan dan berbasa basi
tapi dulu, orang melayu terkenal dengan adab bahasa, ke-tatasusila-nya
even dekat Mesir pon, biler dengar org Malaysia, terkeluar ungkapan "Ahsan Nas" drpd mulut org2 arab.
tapi realitinya?
Kita mampu menilai...
bahasa melambangkan bangsa, bukan? itu yang sering kita tulis dulu-dulu dalam karangan BM,
adakah peribahasa itupon kite tinggalkan setakat di kertas karangan tuh?
"org yg bijaksana,kurang berkata-kata, kerana dengan lebihnya berkata-kata,terserlah kebodohan seseorang"
bertepatan dengan;
"berkata-katalah dengan kata-kata yang indah atau lebih baik diam"
mungkin,
kita x layak menjadi seperti junjungan Nabi Muhammad S.A.W. setiap kata-katanya dijadikan panduan sehingga kini,
tapi,
kita boleh cuba untuk menjadi sebaik sahabat nabi*x igt namanya,sori* yang setiap kata-kata yang keluar daripada mulutnya merupakan ayat Quran, sehingga dia terpaksa menggigit batu untuk mengelakkan drpd keluarnya ayat2 Quran.
for the very least,
kita boleh try to have a little respect untok org lain by not saying bad stuffs about them, ^_^
we are not what happened to us, we are what we want to be,
language and personality is just another clothes for us to wear,
wear yours clean and nice.
p/s:rase tertarik untuk menulis ttg bahasa bila nmpak A Samad Said tadi, a wise,old man, :)
p/p/s:sori if this post mcm x best, will do better next time.nghee
Sunday, 10 July 2011
A thought to ponder.
Truly said.after a hurricane comes a rainbow.
Hidup kita ni tak kan pernah lari daripada masalah.Kadang-kadang rasa sampai dah tak tertanggung.
But no matter what,dont ever let yourself down as every problem has solution.
Just take it as another colour of your life.
sweet love letter :
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."(Surah Al-Baqarah ayat 286)
See.It shows that you are strong enough to handle the problem otherwise Allah will not give the test to you.
Come hurricane or high water,you will put a smile on that face now,will you.?..hee
Close your eyes and ask for His help for He is Always there.
Keep praying hard for He is merciful.
Allah's answers to our prayers :
1. YES
2. YES but not now
3. I have better and awesome plan for you.
That's the rainbow i was talking about.tehee
p/s ; keep believe in yourself and Allah.and u'll see how the magic works *bling3*.hehe
notakakikukujaritangan ;
haii..i am the new author. ^_^
Tuesday, 5 July 2011
college life.
People who go to college are incredible. We go to classes. We read and absorb and are comprehensively tested on heavy amounts of various materials. We sleep very little. We party too much. Someone is always sick. Someone is always complaining. We become attached to close friends. We smother each other. We lean too much. We think often of the past and want to go back. We know we cannot.
We all have separate lives, families, backgrounds and pasts. We live totally different from how we used to live. We are frustrated and sometimes want to give up, but we never stop trying. We disregard health. We eat awful foods. We are forced to think about the future. We are scared and confused. We reach out for things, yet we don't find them. We try to sort out our minds, which are filled with studies, worries, problems, memories, emotions -- powerful feelings. We wander the halls looking for happiness. We hurt--a lot.
We keep going, though, because above all else, we never stop learning, growing, changing, and most important dreaming. Dreams keep us going and they always will. All we can do is be thankful that we have something to hold onto, like dreams and each other.
--- Author Unknown
P/S: *Speaking on behalf of all blog authors: Sorry for the lack of updates. Thank you for sticking through. :)

*Ada je orang kat sini. Kalau kau nak offer diri jadi author pun boleh (syarat kau ex-bestarian '09 lah)
(:
Labels:
Motivasi,
Thought to ponder
Thursday, 16 June 2011
The Paradox of Our Age
The paradox of our time in history is that we have taller buildings but shorter tempers; wider freeways, but narrower viewpoints.
We spend more, but have less; we buy more, but enjoy less.
We have bigger houses and smaller families; more conveniences, but less time.
We have more degrees but less sense; more knowledge, but less judgment; more experts, yet more problems; more medicine, but less wellness.
We drink too much, smoke too much, spend too recklessly, laugh too little, drive too fast, get too angry, stay up too late, get up too tired, read too little, watch TV too much, and pray too seldom.
We have multiplied our possessions, but reduced our values. We talk too much, love too seldom, and hate too often.
We’ve learned how to make a living, but not a life.
We’ve added years to life not life to years.
We’ve been all the way to the moon and back, but have trouble crossing the street to meet a new neighbor. We conquered outer space but not inner space.
We’ve done larger things, but not better things.
We’ve cleaned up the air, but polluted the soul.
We’ve conquered the atom, but not our prejudice.
We write more, but learn less.
We plan more, but accomplish less.
We’ve learned to rush, but not to wait.
We build more computers to hold more information, to produce more copies than ever, but we communicate less and less.
These are the times of fast foods and slow digestion; big men and small character; steep profits and shallow relationships.
These are the days of two incomes but more divorce; fancier houses but broken homes.
These are days of quick trips, disposable diapers, throwaway morality, one night stands, overweight bodies, and pills that do everything from cheer, to quiet, to kill.
It is a time when there is much in the showroom window and nothing in the stockroom. A time when technology can bring this letter to you, and a time when you can choose either to share this insight, or to just hit delete.
Remember, spend some time with your loved ones, because they are not going to be around forever.
Remember to say a kind word to someone who looks up to you in awe, because that little person soon will grow up and leave your side.
Remember to give a warm hug to the one next to you, because that is the only treasure you can give with your heart and it doesn’t cost a cent.
Remember to say “I love you” to your partner and your loved ones, but most of all mean it. A kiss and an embrace will mend hurt when it comes from deep inside of you.
Remember to hold hands and cherish the moment for someday that person will not be there again.
Give time to love, give time to speak, and give time to share the precious thoughts in your mind.
Source: HERE
Found : HERE

*This was originally written by Dr. Bob Morehead, but has been altered slightly while bouncing around on the internet since 1998
Found : HERE
Labels:
Thought to ponder
Subscribe to:
Posts (Atom)