Assalamualaikum and welcome, everyone! This is an official blog of 8th Generation of Bestarians.
Showing posts with label SAMBEST. Show all posts
Showing posts with label SAMBEST. Show all posts

Friday, 17 February 2012

Perkembangan #004.

Mungkin ramai yang dah tahu, tapi tak apalah. Kita bagitahu je lagi.

Untuk pengetahuan semua, salah seorang guru kita di sekolah dulu, Cikgu Raouf bakal berpindah ke SAM Paya Jaras. 
Berita yang amat mengejutkan semua. Dan menyedihkan sebenarnya. Yalah, bayangkan saja kalau lepas ni kita jejak ke sekolah, dah tak ada siapa nak jerit panggil nama kita sampai satu blok dengar kan. 
Tapi, walau apapun, semoga berjaya diucapkan kepada cikgu kita ni. 

*Updated

Gambar sekitar majlis perpisahan pada 17 Februari 2012 (Kredit FB teacher Norashikin).






Saturday, 28 January 2012

Khabar gembira #2

Hai.


Nama saya lagi naik jadi tukang hapdet sebab admin daripada kalangan kanak-kanak ijazah sibuk mencari rezeki. T_T



Mabruk adik-adik lepasan SMA 2011. Ikhlas dari akak yang pernah dapat jayyid jiddan, sipi-sipi nak masuk jayyid. Keh keh keh!


Thursday, 22 December 2011

Khabar gembira


Lepas ni bajet nak tengok berita nama sekolah masuk ke tak. Keh keh keh.

*Updated


Tuesday, 13 December 2011

Jom belajar luar negara! (destinasi-Bumi Syams-Jordan)

Gambar pinjam dari sini
(Bahagian 1)

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. [Itu telah menjadi] janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Qur’an. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya [selain] daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual-beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar. (9:111) Mereka itu adalah orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji [Allah], yang mengembara [demi ilmu dan agama], yang ruku’, yang sujud, yang menyuruh berbuat ma’ruf dan mencegah berbuat mungkar dan yang memelihara hukum-hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang mu’min itu. (9:112)"

Alhamdulillah. Rata-rata dari adik-adik tingkatan 5 2011 sudah selesai menamatkan pengajian di peringkat sekolah menengah bukan? Semoga hari-hari penuh debaran yang dilalui bermula hari tamatnya SPM sehinggalah saat keputusan diumumkan nanti disusuli dengan tahajjud cinta dan doa berpanjangan kepada Allah. Moga-moga Allah kurniakan sesuatu yang terbaik untuk adik-adik.

Dan dalam fatrah sekarang,tidak boleh tidak, pasti adik-adik sedang sibuk memikirkan ke mana hala tuju selepas SPM. Ke bumi mana untuk diterokai bagi meneruskan cita-cita. Ke lembah mana untuk dijelajahi bagi mencapai segulung ijazah dalam bidang yang diminati semenjak awal usia.

Maka dengan itu, kami para senior berbesar hati untuk mempromosi sebuah benua yang sarat dengan sinergi ilmu sains sosial dan sains tulen, iaitu The Hashemite Kingdom of Jordan.

Insya Allah, selepas SPM pilihlah sama ada ingin meneruskan pengajian dalam bidang syariah seperti Usuluddin, Usul Fikh, Ekonomi dan perbankan Islam di Yarmouk university serta Bahasa Arab. Atau bagi yang berminat meneruskan cita-cita untuk menjadi seorang doktor atau doktor gigi, Jordan University Science of Technology yang pernah dinobatkan sebagai universiti terbaik dalam bidang pengkajian saintifik dan teknologi menjanjikan sebuah kejayaan untuk adik-adik. Insya Allah.

Berkenaan dengan sistem pengajian di Universiti Yarmouk, pihak universiti tidak mengehadkan tahun pengajian. Apa yang penting ialah menghabiskan semua subjek yang disediakan bagi setiap bidang. Kebiasaannya pelajar Malaysia mengambil masa 4 tahun untuk menghabiskan pengajian. Terdapat 3 sem dalam satu Tahun.Semester 1, semester 2 dan semester soifi [musim panas] yang mana sem soifi ini adalah sem pilihan.

Manakala untuk universiti JUST pula, tahun pengajian bagi tahun satu, dua dan tiga dikenali sebagai tahun pra-klinikal. Manakala tahun empat, lima dan enam adalah sebagai tahun klinikal. Sistem peperiksaan menggunakan komputer dan assignment atau kerja luat mengikut kemahuan doktor.

Kelebihan? Terlalu banyak. Dengan kedudukan yang berhampiran dengan negara-negara Arab yang lain serta negara Eropah, Jordan juga menjadi salah sebuah negara yang turut mengalami iklim 4 musim yang tidak mungkin kita peroleh di Malaysia.

Selain itu, dari sudut khazanah ilmu,tersangat banyak memandangkan kebanyakan buku-buku agama yang diterjemahkan di Malaysia boleh dijumpai di sini. Selain itu, kelas-kelas tafaqquh, kelas Al-Qur'an dan sebagainya memberikan ruang dan peluang yang besar untuk adik-adik lebih mendalami ilmu agama di sini tidak kira bagi pelajar aliran agama mahupun pelajar aliran sains.

Jordan juga kaya dengan tempat-tempat tinggalan sejarah Rom, Islam dan umat-umat terdahulu seperti Ummu Qays, Petra, Wadi Ram, makam-makam sahabat, Laut Mati dan sebagainya. Hal ini membolehkan adik-adik untuk sambil menyelam minum air dengan menikmati dan menghayati serta memperoleh ibrah sepanjang keberadaan anda di Jordan sebagai seorang mahasiswa.

"Kerana itu berjalanlah kamu di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang mendustakan [rasul-rasul]. (3:137)"

Akhir kalam, sambunglah pengajian anda ke Jordan yang bakal mengubah adik-adik menjadi seorang mahasiswa yang punya matlamat hidup. Kerana insya Allah, bumi barakah ini bukan sahaja sarat dengan ilmu tetapi padat dengan fikrah dan suasana tarbiyah yang sukar diperoleh di Malaysia. Insya Allah. Apa yang penting, luruskan niat, bulatkan tekad, tetapkan matlamat. Semoga pengajian adik-adik di sini bukan sekadar membawa pulang segulung ijazah, tetapi membawa sesuatu untuk mengubah dunia!

"Tidak sepatutnya bagi orang-orang yang mu’min itu pergi semuanya [ke medan perang]. Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya. (9:122) "

-Kerjasama Alumni Bestari Jordan-

Friday, 1 July 2011

Perkembangan #003.

Sorry, another new post from me within an hour. By the way, as part of us already knew, Haji Shaharoni pindah sekolah. So, hari ni, pengetua baru SAMBEST melapor diri. (Untuk pengetahuan, hari ini tu bersamaan dengan 1 Julai 2011 , Jumaat)

As you all can see, SAMBEST got new principal. Welcome to En Samsuri Yusak. Dan terima kasih kepada Teacher Shikin sebab rajin update pasal sekolah.

Wednesday, 29 June 2011

Perkembangan #002.

Another quick update. Kali ini pasal sekolah kluster kau orang pulak. Info ni tak berapa nak lengkaplah kan. Kalau kau orang tahu lagi banyak, let me know. Nanti aku edit balik post ni. Dan, jangan nak tanya-tanya lagi kenapa post ni semua ambil screenshot dari Facebook je. Sebab aku malas nak taip balik. Well, at least, pakai screenshot ni, tak payahlah nak letak credit from who lagi dah. Dah terang-terang ada nama dia orang.

Ni hah. Aliff ada bagitau kat wall group Sambest tu yg kawad negeri tahun ni, tak berapa nak berjaya sangat. Tak ada rezeki mungkin. Atau sebab senior kawad dah habis sekolah. Heh. 

And another update from Teacher Shikin. Sebenar-benarnya, tak tahu pun apa itu ihtifal ipa Petaling Perdana ni. Tapi dah teacher kata tahniah tu, kira menanglah tu. So, congratulation SAMBEST.

Thursday, 23 June 2011

debat bahasa arab peringkat kebangsaan

assalamualaikum,..

tak nak bercakap panjang memandangkan asyik menaip post yang panjang tapi error 404 asyik muncul,dan gagal untuk publish post yang panjang tadi,jadi untuk menjimatkan masa sebab esok nak kerja shift pagi,buatlah seringkas mana yang boleh,..

abaikan yang atas tu,sebab saja nak menunjukkan busy,.-__-,.

baru-baru ini,sambest telah menyertai pertandingan debat bahasa arab peringkat kebangsaan yang berlangsung selama 4 hari bermula 18-21 jun bertempat di Universiti Sains Islam Malaysia.berikut merupakan sinopsis ringkas berkaitan pasukan debat bahasa arab

peringkat saringan:

sambest vs smka johor bahru,menang
sambest vs smap labu,menang
sambest vs samttaj,kalah
sambest vs smk tun mamat,menang
sambest vs sma al-madrasah al-attas al-arabiyyah,menang
sambest vs smka almashoor (p),menang

sambest telah berjaya melayakkan dirinya ke peringkat separuh akhir  dengan agregat 5 menang,1 kalah,.
dan akhirnya hanya berjaya mendapat tempat ke-4

pertama:smka al-irsyad
kedua:smap labu
ketiga:samttaj
keempat:sambest,..tahniah diucapkan.

kepada para alumni,maaf jika laporan tidak lengkap seperti tidak menyertakan sekali video pertandingan atau gambar-gambar untuk tatapan,.ataupun tidak meletakkan tajuk perbahasan serta posisi pasukan debat sekolah,segala masalah amat dikesali.harap anda sekalin fahamlah keadaan sidang author yang sibuk memanjang dengan urusan dunia yang tidak berkesudahan,.

oh,sebelum terlupa,kalau nak tengok gambar trofi,anda boleh melawat galeri teacher syikin,tapi kalau nak tengok live depan bijik mata,ringan-ringankan lah tulang anda melawat galeri bestari yang bersebelahan dengan taman anggur,.

segala kesulitan amat dikesali,lagi satu sebelum menamatkan post ni ,kami sidang author mengucapkan selamat maju jaya kepada para pelajar kursus tersusah perubatan dan seangkatan dengannya  di timur tengah sana tu,wohh penuh wall facebook dengan nota-ringkas serta memohon doa dari rakan-rakan di tanah air,tak mengapa,anda tidak perlu risau,kami sentiasa mendoakan kejayaan anda semua,.=D


kepada encik hanafi,selamat terbang ke Yaman,-_-



ucapan author" sapa nak jadi author sila hantar emel ye,."

finally ,..i manage to upload it after error 404 occurs for many times,.


wassalam,.

Saturday, 21 May 2011

SAM Bestari is now a cluster school!

List of 30 schools of excellence cluster declared by KPM on last 22nd of April 2011.

For secondary schools

1. SM TEKNIK JOHOR BAHRU
2. SBP INTEGRASI GOPENG, PERAK
3. SM SAINS SABAH
4. SBP INTEGRASI SABAK BERNAM, SELANGOR
5. SMAP LABU, NEGERI SEMBILAN
6. SM SAINS JOHOR, KLUANG
7. SM SAINS TUANKU JAAFAR, N.SEMBILAN
8. SBP INTEGRASI JEMPOL
9. SMK CONVENT GREEN LANE, PULAU PINANG
10. SMJK KEAT HWA, KEDAH
11. SEKOLAH AGAMA MENENGAH BESTARI, SELANGOR
12. SM ISMAIL PETRA, KELANTAN
13. SMK DATO’ PENGGAWA BARAT, JOHOR
14. SMK SERI PEKAN, PAHANG
15. SMK SERI KUANTAN, PAHANG
16. SMK SERI BINTANG UTARA, KUALA LUMPUR
17. SMK AGAMA LATI, KELANTAN
18. SMK CONVENT, TAIPING
19. SMK INFANT JESUS COVENT, MELAKA

For primary schools

1. SK AGAMA MIRI
2. SK SERI AMPANG, PERAK
3. SK SERI WAKAF BARU, KELANTAN
4. SK PAYA RUMPUT, MELAKA
5. SK ST ANNE, LABUAN
6. SK TAMAN MEGAH, SELANGOR
7. SK TENGKU MAHMUD, TRENGGANU
8. SJKC JALAN DAVIDSON, KUALA LUMPUR
9. SJKT LADANG PAMOL, JOHOR
10. SK PERANCANGAN RANAU, SABAH
11. SK MANTOB, SABAH

As most of us had already knew this new, nothing much I can say. Just a big big congratulation to our school and the teachers and staffs. And the students also.

Anyway, hope there'll be more good changes in SAMBEST. (Eh, should I use in SAMBEST or at SAMBEST?)