Assalamualaikum and welcome, everyone! This is an official blog of 8th Generation of Bestarians.
Showing posts with label Perkembangan. Show all posts
Showing posts with label Perkembangan. Show all posts

Friday, 17 February 2012

Perkembangan #004.

Mungkin ramai yang dah tahu, tapi tak apalah. Kita bagitahu je lagi.

Untuk pengetahuan semua, salah seorang guru kita di sekolah dulu, Cikgu Raouf bakal berpindah ke SAM Paya Jaras. 
Berita yang amat mengejutkan semua. Dan menyedihkan sebenarnya. Yalah, bayangkan saja kalau lepas ni kita jejak ke sekolah, dah tak ada siapa nak jerit panggil nama kita sampai satu blok dengar kan. 
Tapi, walau apapun, semoga berjaya diucapkan kepada cikgu kita ni. 

*Updated

Gambar sekitar majlis perpisahan pada 17 Februari 2012 (Kredit FB teacher Norashikin).






Thursday, 22 December 2011

Khabar gembira


Lepas ni bajet nak tengok berita nama sekolah masuk ke tak. Keh keh keh.

*Updated


Tuesday, 19 July 2011

Perkembangan #004

Agak lama jugak blog ni tak di-update. Maaf ya'al, biasalah tu masing-masing student. Sibuk. Test lah, assignment lah. Dengan aku-aku ni pun dah muak buat report ayam, lembu, kelapa sawit, getah, perosak, ntah-apa-apa lagi.

First and foremost, congratulations to those yang baru dapat result UPU hari tu. Aku noob sikit hal-hal cenggini. Dah la duduk kat ceruk Bintulu ni sorang-sorang. Pasal kawan pun aku taktau. =.="


Setakat ini yang diketahui (kredit kat Neena punya soalan kat group batch); 
Ain Sofia - UTM
Wahida - UIA
Apek - UTM
Ayie - UTM
Alep - UiTM
Tiqah Abu Samah - USIM
Zulfahri - USIM
Amal - UiTM
Najib -UIA
Shafieza - USIM
Aqil - UKM
Mina - UiTM
Nazuwa - USIM
Updated - Lela cakap:

Lain daripada itu, aku taktau sangat. Ramai yang aku tak kenal sebab masa sekolah dulu pemalu sangat sampai tak kenal orang, hihihi~*gelak malu*

Selain daripada itu, a brief update tentang sekolah kita yang tersayang. Sebagai ex-pengawas perpustakaan yang berwibawa *ececece*, pusat sumber sekolah ada anjurkan Minggu Pusat Sumber dekat sekolah minggu lepas (kalau tak silap). Tu pun baru aku tau lepas belek-belek teacher Shikin punya album. =.="
Ain Maisarah pun ada. *jeles jeles*
Okeh, tu saja rasanya. Ada facts salah sila tegur oke. Nanti aku revamp.

P/S: Selamat menjalani minggu orientasi, kawan-kawan! HEHEHE

Friday, 1 July 2011

Perkembangan #003.

Sorry, another new post from me within an hour. By the way, as part of us already knew, Haji Shaharoni pindah sekolah. So, hari ni, pengetua baru SAMBEST melapor diri. (Untuk pengetahuan, hari ini tu bersamaan dengan 1 Julai 2011 , Jumaat)

As you all can see, SAMBEST got new principal. Welcome to En Samsuri Yusak. Dan terima kasih kepada Teacher Shikin sebab rajin update pasal sekolah.

Wednesday, 29 June 2011

Perkembangan #002.

Another quick update. Kali ini pasal sekolah kluster kau orang pulak. Info ni tak berapa nak lengkaplah kan. Kalau kau orang tahu lagi banyak, let me know. Nanti aku edit balik post ni. Dan, jangan nak tanya-tanya lagi kenapa post ni semua ambil screenshot dari Facebook je. Sebab aku malas nak taip balik. Well, at least, pakai screenshot ni, tak payahlah nak letak credit from who lagi dah. Dah terang-terang ada nama dia orang.

Ni hah. Aliff ada bagitau kat wall group Sambest tu yg kawad negeri tahun ni, tak berapa nak berjaya sangat. Tak ada rezeki mungkin. Atau sebab senior kawad dah habis sekolah. Heh. 

And another update from Teacher Shikin. Sebenar-benarnya, tak tahu pun apa itu ihtifal ipa Petaling Perdana ni. Tapi dah teacher kata tahniah tu, kira menanglah tu. So, congratulation SAMBEST.

Tuesday, 28 June 2011

Perkembangan #001.

*UPDATED*



Post from Humaira. Kebarangkalian Maira dalam keadaan EXAM FEVER. Daripada wall post ni, kita mendapat khabar bahawa Aqiel mungkin tidak balik beraya pada Syawal ini. Rakan-rakan yang rapat dengan Aqiel, bolehlah poskan kuih-kuih raya dekat dia. Dan juga dekat siapa-siapa yang tak balik raya.

Aiman kata dia nak nikah umur 21. Semoga hasrat tercapai. Ada lagi dua tahun ni. Sempat nak cari jodoh yang elok-elok penyejuk mata pembimbing imam semua sifat-sifat mahmudah tu lah.

Nabil (Presiden Alumni) memberitahu pasal lambang Israel dalam komputer kita. Yeah, mungkin ramai yang dah tahu pasal apa yang diperkatakan Presiden kita, tapi ada juga yang belum tahu. Maka, bolehlah bersifat prihatin.

Mahfuzah nak pindah Kuantan. Sabtu lepas, Mina dengan yang lain-lain keluar jalan-jalan dengan Mahfuzah buat kali terakhir, mungkin. Terakhir dekat sini maksudya bukanlah tak dapat jumpa Mah lagi.



Dan perkembangan terakhir dari Siddiq mewakili para penulis blog ini, ingin memohon kepada yang rasa dirinya mampu untuk membuat post yang baik, SILALAH TAWAR DIRI JADI AUTHOR. Mungkin kau orang boleh check it out wall post ni dan baca apa yang aku tulis, supaya kau orang tahu, NAK BUAT POST DEKAT BLOG NI INGAT SENANG KE?



Dan Mah rupa-rupanya tak jadi keluar pun hari tu. -.- Aliyah kata budak Jordan tengah exam. Apa lagi kau orang, doakanlah dia orang semua. Dengan siapa-siapa lagi yang tengah exam tu. Tak rugi pun doakan orang. Lagipun, kau orang pun bukannya tak tahu pasal doa mendoakan ni banyak kelebihan dia kan. So, sama-samalah doa untuk kejayaan diri sendiri dan kawan-kawan yang lain.