Assalamualaikum and welcome, everyone! This is an official blog of 8th Generation of Bestarians.

Friday 24 June 2011

Di Sebalik Lamaran itu


teeet..teeet..

hp Sarah berbunyi menandakan ada mesej yang telah masuk

"Adik Sarah,akak nak buat lamaran untuk awak ni.Sudikah awak menggantikan Kak Farah untuk memegang portfolio Badan Dakwah dan Pembangunan Rohani Universiti kita?"

Subhanallah.Hanya itu yang terlafaz perlahan dr mulut Sarah.Betapa selama ini dia sangat mendambakan dapat menyumbang dalam persatuan untuk melaksanakan dakwah,menyibukkan diri dan mendekatkannya kepada Allah lagi.Portfolio itulah yang dinanti-nanti.Bukan untuk dipuja dipuji mahasiswa atau mahasiswi.Tetapi untuk melakukan pendekatan,pengislahan dan memperbaik komuniti mahasiswa di universitinya sendiri

"Ini satu peluang besar dari Allah.Tapi aku tidak mahu terburu-buru.Bimbang nanti tersilap langkah,hadaf [tujuan] yang ingin aku capai ibarat yang dikejar tak dapat,yang dikendong berciciran.Aku harus bermusyawarah dan istikharah dulu."monolog hati kecil sarah.

+ + +

iklan

tahun ini,kita semua satu batch telah meningkat usia
mungkin yang di Malaysia dah start da pun masuk ke sem yang baru,atau tahun pengajian yang baru
Biasanya kenaikan tahun menyebabkan golongan pemuda pemudi seperti kita diketengahkan untuk memikul beban dan tanggungjawab baru
ada yang dilamar menjadi presiden
ada yang dilamar menjadi setiausaha
ada yang dilamar memegang portfolio itu,portfolio ini dan macam-macam lagi

Dalam isu ini,sudah tentu ramai dalam kalangan kita akan mengalami satu masalah yang dikenal pasti sebagai dilemma
mulalah terngiang-ngiang poem THE ROAD NOT TAKEN yang diajar oleh teacher norkiah,teacher iqma,teacher suriyati
So what steps yang we should make actually

di sini sedikit tips untuk anda membuat keputusan
First panjatkan kesyukuran kepada Allah dan mohon diberikan jalan yang terbaik untuk membuat pilihan

second,bermusyawarahlah,yakni berbincang dengan orang-orang sepatutnya
ur parents,ur friends yang matured,ur senior,ur sis,ur bro,ur teacher and siapa sahaja yang rasanya banyak makan garam lebih dr kita
and kalau boleh orang-orang yang pernah memegang taklifan [tanggungjawab ] itu

buat timbang tara
nilai kemampuan kita
susun priority
tentukan matlamat hidup dan sudah tentu matlamat hidup yang telah thabat [tetap] oleh Allah adalah untuk menjadi hamba Allah dan khalifah di muka bumi ini

kemudian lepas menerima nasihat berfikirlah dalam-dalam
susun pro dan kontra
teruskan istikharah dan buatlah pilihan dengan bijak
pilihan yang tepat adalah apabila kita merasa tenang dengannya

hikmah syukhuh,hammasah syabab
kebijaksanaan orang tua,semangat pemuda
pemuda seperti kita seringkali memiliki semangat tinggi untuk bekerja
tetapi,janglah terburu-buru bekerja sebelum mendapatkan nasihat dari orang tua 

tamat iklan

+++

amiiiin.Sarah meraup tapak tangganya ke seluruh wajah.Baru usai menunaikan solat istikharah.Moga-moga pilihan yang dibuat tepat.Insya Allah.

Sarah segera ke komputer ribanya untuk membuka facebook
hasratnya ingin mengkhabarkan segera keputusan kepada kakak yang melamar tempoh hari
Mata sarah tertarik pada notification di kotak mesej,dengan segera sarah menekan kotak mesej fbnya

"Assalamualaikum Sarah,ini Kak Izzy,kakak kepada Ikram.Adik akak berhasrat untuk memetik mawar berduri yang sedang mekar mewangi di teratak Sarah.sudikan Sarah?"

Sarah menggosok-gosok matanya beberapa kali bagaikan tidak percaya apa yang dibacanya.Lamaran apakah pula kali ini?

teeet.TAMAT





4 comments:

zikri said...

aywaah..apakah ini?
huks huks

Iqin said...

*batuk*

annoying-most said...

ok klu mengikut pengalaman aku,aku selalu kalau dapat apa-apa tawaran,atau lamaran aku main tembak je,.main ambil tak fikir pon kesan buruk,.bila dah dapat baru nak menyesal,.-___-,.lepas ni kena lebih berfikiran panjang,.

*pasal blog ni pon antara benda aku main terima je tanpa fikir kesan buruk,..____

Anonymous said...

sgt best part iklan tu..thnx alee..or sape yg post entry tu..a very good advice!
-aina-