Assalamualaikum and welcome, everyone! This is an official blog of 8th Generation of Bestarians.

Thursday 26 May 2011

TIPS MENUJU KEJAYAAN

1- HARUS BERPIJAK DIBUMI YANG NYATA
jika korang mempunyai harapan yang terlalu tinggi hingga sukar nak dicapai, korang hendaklah berfikir semula. Korang boleh sahaja menetapkan sasaran korang tetapi biarlah realistik


2- BERSABAR
Jangan korang samakan keinginan seperti mi segera. Korang harus berusaha walaupun ianya memakan masa yang agak lama. Jangan pulak korang terburu2 untuk menyerah kalah sebelum berjuang kerana impian korang tak tercapai2 jugak setelah sekian lama kan.. Mungkin belum sampai waktunya impian itu tercapai


3- TEKAD
dalam menacapai impian..kita ibarat macam bermain saham. Semakin besar korang letak taruhan maka semakin besar kemungkinan untuk meraih keuntungan. Oleh itu, korang harus menjadi seorang yang nekad dan positif. Jika korang yakin dengan impian korang, teruskan dan pastikan korang matang dengan setiap keputusan yang dibuat.


4- KEUTAMAAN
korang mempunyai segudang harapan tetapi bukan semua keinginan dapat dicapai. Susun semua impian anda mengikut keutamaan dan berusaha untuk mencapainya


5- KEJAR DEADLINE
korang harus menentukan jangka masa untuk mencapai sasaran hingga akhirnya tercapai. Lakukan dengan penuh motivasi. Jika korang berhasrat untuk dapat 4flat setiap sem, maka berusahalah untuk mencapai ke arah itu dalam waktu yang telah ditetapkan


6- SOKONGAN
disaat korang rasa seperti nak menyerah, korang cuba dapatkan sokongan daripada mereka yang paling dekat dan close dgn korang.. mungkin mereka akan membantu korang dengan memberikan dorongan dan sokongan yang akan membuatkan korang menjadi seorang yang bersemangat dan lebih motivasi


7- HUBUNGAN
korang jangan sesekali merendah-rendahkan rakan sekerja korang dan teman-teman yang selalu berada disisi korang. Semakin ramai rakan, maka semakin banyak pintu bantuan akan terbuka biarpun bukan dari segi kewangan, setidak2 nya korang akan mendapat sokongan moral daripada mereka


8- FOKUS
biarpun korang berhadapan dengan kesulitan dan memerlukan pengorbanan yang besar, korang fokus jer dgn tujuan korang. Fikirkan kebaikan sahaja yang lebih banyak dari keburukan/risiko sebenarnya


9- TETAP BERSEMANGAT
seringkali korang terhenti di tengah jalan kerana semangat yang korang miliki semakin pudar, nyatakan semangat korang agar tetap membara dan teruskan usaha korang


10 - TAWAKAL
bekerja/belajar lah sambil berdoa. Setiap apa yang kita lakukan, usaha dan sebagainya kita memerlukan usaha/daya dengan sepenuh hati dan perlu diiringi dengan doa2, mudah2an usaha korang akan membuahkan hasil
selamat maju jaya korg~

1 comment:

annoying-most said...

terima kasih di atas tips-tips yang diberi,..amat sesuai dengan kehidupan seorang mahasiswa