Assalamualaikum and welcome, everyone! This is an official blog of 8th Generation of Bestarians.

Sunday 30 December 2012

A Friendly Reminder


Terbaca dekat laman PMIUPM. Sedikit-sebanyak terkena hidung sendiri sebab I was a judgmental personA friendly reminder daripada saudari Nur Fitrah (passages dalam blog ni mungkin ada lain sikit dengan sumber asal tanpa mengubah maksud asal);

Dulu-dulu saya selalu mudah menjadi pen-judge orang, tengok orang yang yang tak pakai tudung, pakai seksi-seksi dan cakap dalam hati, ''Apalah dia ni.'' (mungkin sebab background sekolah agama saya).

Tapi, ALLAH beri saya satu perjalanan kehidupan. Saya dipertemukan dengan pelbagai orang. Entah kenapa, saya mendekati dan ‘merapati’ golongan-golongan ini.

Kemudian, saya fahami - sepatutnya geng-geng usrah atau bertudung labuh ini atau dikatakan diri mereka sendiri baik ini, sepatutnya tidak mudah men-judge hamba-hamba Allah yang lain.

Fahami mad'u kita. Ramai sebenarnya insan-insan lain yang mungkin tidak 'se-bertuah' kita. Kehidupan mereka yang tidak mengamalkan cara hidup Islam yang sebenar, mungkin disebabkan mereka tidak ditakdirkan menerima kefahaman seperti kita, mungkin background didikan atau keluarga.

Jadi, kita sebagai hamba Allah yang diberi sedikit kefahaman, jangan tinggalkan mereka. Kerja kita sebagai untaian mata rantai dakwah Rasullullah di zaman ini sangat-sangat banyak.

Kerana ramai yang saya temui yang mempunyai sejarah pernah couple sambil dah tahap berpeluk-peluk atau yang free hair seksi, tetapi dalam hati mereka terdetik untuk bertaubat dan berubah, tetapi tidak tahu caranya, tiada sokongan dan sebagainya.

So, sekali lagi saya katakan kepada insan-insan yang ada sedikit kefahaman lebih dari mereka; jangan tinggalkan mereka. Kerja kita sebagai untaian mata rantai dakwah Rasullullah di zaman ini sangat-sangat banyak. Buatlah sedaya yg termampu kudrat dan iman anda dan lakukan dakwah secara bil hikmah dan JANGAN SEKADAR MENUMPUKAN GOLONGAN-GOLONGAN YANG SUDAH BERTUDUNG LABUH DALAM DAKWAH DAN PERGAULAN KITA (dan janganlah kita sekadar berkawan dengan 'mereka-mereka' ini tanpa menghulurkan suara-suara dakwah). Wallahua'lam.

_________________________

Notakaki
Konklusinya, mari buang judgmentalism kita jauh-jauh. Instead, kita sebagai orang yang faham agama, marilah jadi mata rantai dakwah.

Kan Nabi ada pesan;

"Jika seseorang mendapat hidayah lantaran kamu, kurniaan itu lebih baik daripada apa-apa yang disinari matahari."
(HR At-Tabrani)

Indahnya. :)

1 comment:

ATULDOM said...

manusia mmg x kn lari drpd sifat judgemental, sebab tu kne kekalkan husnuzzhon dan jauh drpd suuzzhon.

p/s nostalgianya tgk blog ni. #tbe.