Assalamualaikum and welcome, everyone! This is an official blog of 8th Generation of Bestarians.

Wednesday 12 September 2012

._.v

*Tiup habuk*

Selamat kembali ke kampus kawan-kawan. Gua sorang je tengah mood ber-latihan industri, haha!

BTW, nak share some notes written by Sis Aneesah yang osem (kalau tak kenal, boleh cek laman ini) mana tau nanti ada yang ber-latihan industri jugak. Kena betul dengan apa yang ada dalam kepala gua sekarang ni, heheh. ;)
____________________

This was written as a "thank you speech" at the company where I did my practical training. They gave gifts to everybody during their iftar/dinner event and the cheeky bosses told me I had to prepare a speech. Well I did, but I did not end up reading the whole thing on stage. In fact, I only read the last bits where I mentioned each person's name and why I wanted to thank them. :) I have edited that part out from the text below, because I wanted to share the rest of the stuff that came out of my head. Moga bermanfaat, insyaAllah.

---

Sebenarnya, banyak juga yang saya belajar dalam masa 10 bulan bersama LA Architect, dari sudut teknikal, tetapi juga untuk pengalaman dan pembangunan peribadi. Pertama sekali, saya telah discover realiti kehidupan bekerja. Semasa mula-mula bekerja di sebuah company lain bulan Ogos tahun lepas, pada bulan puasa juga ketika itu – ya Allah, barulah saya faham bagaimana letihnya pulang ke rumah setelah bekerja seharian, walaupun hanya duduk depan komputer dalam pejabat berhawa-dingin, seperti Mama saya selalu mengeluh apabila sampai ke rumah. Kalau nak diikutkan, perbezaan hidup sebagai university student dengan pekerja sepenuh masa sangat berbeza. Nak dibandingkan dari segi disiplin dan penggunaan masa itu pun banyak dapat saya pelajari.

Saya sedar, bahawa dalam kehidupan ini, kita tidak dapat lari daripada bekerja keras dan berusaha bersungguh-sungguh. Kadang-kadang tu, sangat tak nak kerja lewat atau kerja weekend, tapi kena jugak buat kerana keperluan. Cuma pada saya, ada satu benda yang membezakan antara usaha yang betul-betul bernilai, dengan usaha dan kerja yang hanya mendatangkan penat lelah, iaitu niat. Jauh bezanya antara seorang yang hanya bekerja kerana terpaksa, atau kerana dibayar, dengan seseorang yang melihat apa yang dibuat itu sebagai karya, sebagai amanah (kerana setiap kita adalah khalifah), dan sebagai ibadah (kerana kita juga adalah hamba). Dan bezanya itu, mungkin juga hanya dapat dilihat di hujung waktu nanti, atau mungkin dapat dikesan dari segi keberkatan & perasaan dalam diri masing-masing.

Pada suatu masa dahulu, seorang pensyarah saya pernah bertanya kepada kami, kenapa kita perlu berbangga, take pride in the work we do, samada assignment atau apa-apa projek, walaupun hakikatnya kita dapat markah C. Kami semua tak dapat menjawab. Dia kata, sebab hasil kerja itu, daripada usaha kita sendiri. You worked on it, so you should be happy and proud of it no matter what. Dan jujur saya katakan, sepanjang saya belajar degree Part I dahulu, mungkin satu sahaja design project yang saya rasa berbangga dengan apa yang saya present. Itu pun, semasa first year awal-awal dulu. Malangnya projek-projek lain semua saya pandang dengan pandangan hampeh dan tidak puas hati. Tapi, dalam pengalaman bekerja pula, saya dapat rasakan perasaan bangga dan gembira itu. Walaupun kerja yang dibuat itu, sangatlah kecik dan hampir insignifikan dalam projek keseluruhannya. Contohnya, macam signage, floor tiles pattern, ataupun design corporate shirt LAA. Mungkin juga sebab semua yang dibuat itu, is the real thing, sesuatu yang akan dapat disentuh dan dipegang dan dilihat, tapi memang saya dapat rasakan kesungguhan yang berbeza dalam membuat kerja-kerja di sini, dengan kerja-kerja di universiti dulu.

Sepanjang setahun saya berada di Malaysia ini, saya juga belajar sesuatu tentang kebahagiaan, dan tentang kematangan, about growing up.

Masa kecik-kecik dulu, mesti semua suka sangat bila dapat tidur lambat, tidur beyond your bedtime, rasa cool dan best. Sekarang dah besar baru nak sedar yang tidur itu nikmat yang sangat berharga.

Masa kecik-kecik zaman sekolah dulu, mesti rasa macam bila dah ada lesen kereta, hidup akan berubah serta-merta. ‘Wah, seronoknya dapat pergi mana-mana pada bila-bila masa, nak pergi makan ke shopping ke.’ Tapi realitinya sangatlah bukan begitu. Satu hal, belum ada kereta sendiri, tapi lagi penting, segala aktiviti keluar sini sana sangat memakan duit. Dunia di luar itu tidaklah seseronok mana. Kadang-kadang duduk rumah lagi happy.

Begitu juga dengan pandangan zaman student dulu, imagine waktu ‘dah besar’, ‘dah grown-up’, dah dapat gaji sendiri, tak perlu mengharapkan elaun dari ibubapa kalau nak beli apa-apa. Tapi, haikikatnya; satu, kita akan terpaksa berjimat-cermat dalam apape pun keputusan, dan dua, duit itu tetap akan terlepas dari tangan kita seperti air mengalir. Saya sedar sekarang, yang benda-benda itu tidak akan pernah cukup. It’s never all that you imagine. Dan saya sedar, yang kebahagiaan yang berpanjangan, happiness, bukannya terletak di mana-mana harta material. Kebahagiaan yang sebenar, lahir dari kesyukuran. Oleh itu, kita tak patut asyik menunggu-nunggu atau bertangguh-tangguh dalam melakukan kebaikan. Kadang-kadang manusia ini, termasuk saya, terlalu kaya dengan alasan.

Saya rasa, kerja dalam bidang apape pun, tapi terutamanya dalam bidang arkitek inilah, sangat melatih kesabaran. Saya ada baca quote dari seorang psychologist, katanya patience is not something you are born with – it is a trait that gets strengthened each time you practice it. Untuk makluman, saya masa dulu-dulu, bukan seperti saya sekarang. Dulu saya saaaangat suka komplen dan seorang yang agak pesimis. Untuk melatih kesabaran ni sebenarnya, memerlukan pengubahan cara berfikir juga. Saya sedar yang kita tak patut menyalahkan sesiapa pun atas situasi yang kita berada pada satu-satu masa. You are exactly where Allah willed you to be. Mungkin tidak mengikut rancangan kita, tetapi sentiasa mengikut perancangan Allah. In fact, kelancaran hidup itu tidak menjadi apa-apa ukuran pada pandangan Tuhan, tetapi tindakan dan reaksi dan nilaian kita terhadap setiap ujian dan nikmat itulah yang dinilai. Samada kita berani bertindak mengubah diri ke arah yang lebih baik ataupun sebaliknya.

Benarlah ayat 5 dan 6 surah al-Insyirah yang saya pasti kita selalu dengar, ertinya,‘ sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan ’. Bukannya selepas kesukaran datang kemudahan, tetapi disertai kemudahan. Semasa awal-awal bekerja dulu, saya sangat mudah stress. Sangat risau atas perkara yang kecil-kecil. Saya rasa ini mungkin sindrom biasa bagi perempuan terutamanya, dan yang kurang pengalaman seperti saya. Sampai suatu tahap, contohnya, pada waktu malam, stay untuk buat kerja ataupun print apa yang perlu print, pastu segala-galanya tak menjadi, printer ink dah habis, komputer lembab ... pada waktu itu saya tak faham langsung macamana akak-akak yang lain masih boleh bergelak ketawa di tengah-tengah keadaan yang sebegitu. Padahal, di waktu sebegitulah yang kita perlu take it easy and laugh it all out. Saya belajar untuk melihat benda-benda kecil, the small things, that actually matter.

Saya juga berusaha untuk mengurangkan perasaan takut untuk buat salah. Takut bertanya. Hakikatnya, banyak je kes yang saya sebenarnya perlu bertanya, kalau tak takkan dapat jawapannya. Tetapi juga hakikatnya, kadang-kadang kita perlu berpura-pura tahu, berpura-pura pandai buat, supaya kita akan buat benda itu. When you pretend to know what you’re doing, you realise that it’s not lack of skills or knowledge that is holding you back, but a lack of confidence and courage. Banyak kali jugak semasa saya diminta buat sesuatu kerja, terlintas di fikiran, ‘apa benda lah ni, macam tak reti je ’. Tapi sebenarnya bila dah buat-buat reti, kita memang akan reti dan boleh buat pun. Yang penting, rajin bertanya dan minta check dan abaikan perasaan takut yang ada.

Akhir sekali, saya sedar, bahawa masa yang kita ada pada hujung minggu (iaitu yang tidak bekerja lah), sangat berharga. Waktu bekerja ini, tiada cuti berbulan-bulan semasa zaman student. Tetapi tidak bermakna yang kita cuma menggunakan hujung minggu untuk lepak-lepak sahaja. Ada kata-kata hikmah yang saya cuba untuk berpegang: Ustaz Nouman Ali Khan kata, one wealth that Allah gave every human being, is time. Satu bentuk nikmat yang Allah beri kepada setiap manusia ialah masa. Dan siapalah kita untuk mendustakan nikmat Allah.

Betul, spending time dengan keluarga itu penting, menunaikan hak dan tanggungjawab masing-masing itu penting, tapi melalui satu inisiatif yang digerakkan oleh rakan-rakan saya sendiri, dipanggil Weekenders Club, saya sedar yang masa yang kita ada patut digunakan untuk meningkatkan diri serta menyumbang kepada masyarakat sekitar. Sejak awal tahun ini, saya telah berjaya mengisi hujung minggu saya dengan berbagai-bagai aktiviti yang lain dari apa yang dulu saya lakukan. Saya telah spend time untuk melihat ciptaan Allah, Arkitek yang Maha Kuasa, dengan menaiki Bukit Broga, dan mendaki Bukit Tabur, di Taman Melawati itu, sebanyak dua kali. Saya telah berprogram dengan anak-anak yatim di rumah bakti di Cheras dan di Melaka, serta di Raudhatus Sakinah, rumah perlindungan untuk wanita. Dan saya sebut benda-benda ini bukan untuk berbangga atau menarik sesiapa, tetapi untuk menyatakan bahawa, dengan segala sumbangan tenaga dan masa yang begini, manfaatnya datang semula kepada kita. Dan bukan maksud saya dengan pahala semata-mata, tetapi dengan perubahan yang berlaku dalam hati dan fikiran, dan keberkatan yang Allah datangkan apabila kita sendiri berusaha dengan tangan kita, walaupun kecil, untuk mengubah dunia ke arah yang lebih baik. Iman itu terdiri dari sepasang kembar, iaitu ilmu dan amal. Apabila kita beramal, kita take action, efek dia sangat berbeza dengan hanya sekadar mengambil tahu dan cuma pandai berkata-kata.

Untuk menutup ucapan saya pada malam ini, eloklah saya berterima kasih yang tak terhingga kepada anda semua kerana sudi menerima saya untuk bersama LA Architect selama sepuluh bulan. Ada hadis yang mengatakan, selagi kita tidak berterima kasih kepada manusia, kita tidak berterima kasih kepada Allah. Dan Allah jualah yang mampu membalas budi anda semua dengan kebaikan.

Saya masih seorang pelajar, dan sentiasa akan memegang peranan ‘student’ sepanjang hidup saya insyaAllah. Kerana ilmu itu seperti air, mengalir dari tempat tinggi ke rendah. Jadi saya ingin sentiasa menimba dan menakung ilmu. Saya mohon maaf kepada semua, jika ada kata-kata atau perbuatan saya yang tersilap. Semuanya dari kelemahan saya sendiri.

Semoga Allah memberkati segala usaha kita, dan meluruskan niat kita. Moga Allah ampuni kesilapan kita yang lalu, dan menjadikan setiap pengalaman hidup sebagai bekal untuk menuju ke arah yang lebih baik. Dan moga kita sentiasa cuba menghayati dan merasai keindahan takdir Allah, kerana Dia sebaik-baik Perancang. Juga moga kita mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

Sekian, terima kasih, wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

No comments: