Assalamualaikum and welcome, everyone! This is an official blog of 8th Generation of Bestarians.

Monday 1 August 2011

Trending in Malaysia : Ramadhan (kan?)



Ya, seperti tajuk yang tertera, sekarang trending dekat facebook ; bulan puasa.
Update feed dekat status dan links semua baik baik kan. Rasa takda lah lagha sangat bukak facebook ni walaupun sebenarnya lagha jugak kan? (perli diri sendiri)

Ramadhan merupakan bulan yang mulia, dan adalah lebih dari menggembirakan bila nampak semua orang update pasal hadith , ayat al Quran mengenai fadhilat ramadhan, sapa sapa kawan minta maaf, ingatkan memasing dengan buat event 'Puasa Selama Sebulan' atau 'Sehari Satu Juzuk' yang mana aku secara automatik tekan pangkah je, takut tak sempat mati ke apa, keluar fatwa berdosa pula tak tekan yes ke macam mana? aku tak tahu sangat. jadi yang syubhah-syubhah kita tinggalkan, itu adalah sifat orang yang thiqah - (cuba teka siapa yang cakap?)

Tapi kalau bukan bulan puasa kemain, mencarut ----, ----, (tapi bila aku tunjuk dan kata "tu babi" pada seekor babi kena marah ya, pelik manusia ni, aku nak jadi kucing boleh?) aku nak taip pun tak sanggup, malu rasanya,
tapi agaknya mereka tak pernah dengar hadith ni (didik sangka baik) :
mencarut itu perbuatan yang kasar, dan perbuatan yang kasar itu balasannya di neraka
boleh klik sini , dan sini, juga sini dan untuk err, para suami, sini
(tapi lebih afdhal jika rujuk ustaz/ustazah, bahaya telan semua yang kita baca sesuka hati)

tapi itu bukan poin utama dekat sini, yang aku nak kata, aliran facebook lebih kurang macam ni :
sebelum Ramadhan (carut +perlimaki) > semasa Ramadhan (hadith + ayat Al Quran) > selepas Ramadhan (carut+perlimaki semula)

konklusinya : apa guna Ramadhan kalau tak perbaikkan diri sendiri?
Moga Ramadhan kali ini lebih baik dari tahun lepas, sebenarnya makna yang tersirat adalah semoga keadaan aku selepas Ramadhan tahun ini lebih baik dari keadaan aku selepas Ramadhan tahun lepas.
Tapi mesti ada punya nak cakap 'kira okaylah tu, orang lain lagilah masa Ramadhan tak puasa tak sembahyang'
Haha, tergeletek pankreas aku, kau banding dengan orang lagi teruk buat apa? Dah taknak cakap banyak, panjang dah ni.

Oh ya, satu lagi ;
" sorakan bulan Syawal lebih meriah dari sorakan bila Ramadhan datang menyapa " - aku harap ini tipu. tapi tak baik jugak tipu diri sendiri kan?
cuba bila Ramadhan kali ni habis, kita nangis touching-touching sama-sama nak?

Minta maaf kalau ada salah silap dari segi statistik yang aku peroleh merujuk kepada facebook semata, aku tak kenal hati budi semua orang lagi, facebook tau la aku.
Wassalam.

1 comment:

Mazni Zulkifli said...

selamat menyambut ramadhan :)

yang pasal sambutan syawal lagi meriah tu aku setuju .
boleh pulak malam tadi dah ada orang karoke lagu raya ramai ramai .
haaaiiiihh +______+