Assalamualaikum and welcome, everyone! This is an official blog of 8th Generation of Bestarians.

Saturday 2 July 2011

suara hati seorang ajk

830 malam | meeting muhasabah majlis keraian graduasi 2011 | teratak Presiden persatuan pelajar uni Y



"Berdasarkan borang muhasabah yang telah kita spread pada mahasiswa dan mahasiswi kita semasa majlis tempoh hari,ramai yang meninggalkan komentar berbaur negatif seperti ajk lewat menyediakan makanan,ajk lambat mengatasi masalah teknikal,tiada tindakan dilakukan segera atas kelewatan hadirin dan lain-lain"

Haninah AJK program kelu,terdiam,tertunduk.Rasa ingin menangis pun ada.Masyarakat universiti Y meninggalkan komentar yang pelbagai.semuanya negatif belaka.Tiada langsung motivasi,kata sokongan atau kata-kata yang mampu membuatkan AJK pelaksana majlis tempoh hari berbunga-bunga hati.

"Tidakkah mereka pernah mengerti penat lelah kami yang mengendalikan program,tidak tidur malam,berusaha keras untuk menjayakan program.semata-mata untuk masyarakat Universiti Y sendiri.bukan  jawatan yang digilakan!"hati kecil Haninah menjerit.namun,hampa,siapalah mampu mendengarnya.Hanya berdaya untuk menadah telinga terus mendengar komentar masyarakar Universitinya yang diulas sendiri oleh Presiden perastuan pelajar.

+ + +

Bukan iklan,tapi pengisian.

pejam celik pejam celik,kita semua mungkin ada yang dah habis tahun 1 dalam pengajian,atau hampir menghabiskan tahun 1 kan?

Tipulah tiada di antara kita pernah merasa duduk dalam dalam organisasi,atau menjadi ajk pelaksana program
Ok,saya bukan nak bercakap mengenai ajk pelaksana program
Tapi saya ingin meluahkan suara hati seroang ajk pelaksana
kerana sudah tentu kita pernah menjadi penonton sahaja dalam sesuatu majlis kan
apa yang kita tahu,komen itu komen ini

Sebagai rakyat universiti yang baik
seharusnya kita yang memilih untuk tidak menyumbang
sebelum memberikan komentar berbaur negatif
Fikirkanlah keadaan ajk pelaksana juga
Janganlah kita mudah menuding jari meletakkan kesalahan seperti majlis bermula lewat
kesilapan teknikal yang tidak mampu diatasi
program tidak sistematik dan membosankan
terus-terusan kita salahkan bulat-bulat pada ajk

Dengarkanlah suara hati mereka
Sungguh ajk2 pelaksana kebanyakannya adalah yang ikhlas untuk bekerja
yang sanggup untuk berkorban
yang sudi untuk menyumbang

Maka sebagai ahli yang tidak mahu menyumbang
cukuplah kita membantu meringankan beban mereka dengan memberikan komitmen yang penuh dalam program
seperti datang awal
alert dengan sebarang pengumuman
respon dengan mc
dan berikan komentar yang membina,bukan komentar yang menjatuhkan ajk pelaksana

wallahua'lam
selamat beramal
sama-sama kita koreksi mentaliti dri kita

+ + +

"apa yang saya lihat,masalah timbul kerana mentaliti masyarakat universiti kita sendiri.Harap lepas ni,sama-samalah kita cuba membentuk mentaliti mereka agar sentiasa cakna dan memiliki common sense yang tinggi  dan juga punyai keinginan yang tinggi dalam menyumbang jasa,bukan setakat buat suara sumbang di belakang kita"kata Farhaini,timbalan presiden persatuan pelajar universiti Y,mengakhiri mesyuarat muhasabah program malam itu.

3 comments:

Anonymous said...

besides, byk2la brsbr utk ajk plaksana, mgkin nh ujian Allah utk pihak anda, n pihak skeliling plak spatutnya mmberikann galakan n motivasi agr program sterusnya dpt dlksnankan dgn baik..

annoying-most said...

yup,dulu pernah juga jadi rakyat yang asyik memekak tak puas hati itu ini,..tapi bila dah jadi pihak pelaksana ,terasalah begitu besar bebanan,.==

zikri said...

with knowledge,come responsibilities.